'

Selamat Datang di Website Resmi Muhammad Akbar bin Zaid “Assalamu Alaikum Warahmtullahi Wabarakatu” Blog ini merupakan blog personal yg dibuat & dikembangkan oleh Muhammad Akbar bin Zaid, Deskripsinya adalah "Referensi Ilmu Agama, Inspirasi, Motivasi, Pendidikan, Moralitas & Karya" merupakan kesimpulan dari sekian banyak kategori yang ada di dalam blog ini. Bagi pengunjung yang ingin memberikan saran, coretan & kritikan bisa di torehkan pada area komentar atau lewat e-mail ini & bisa juga berteman lewat Facebook. Terimah Kasih Telah Berkunjung – وَالسٌلام عَلَيْكُم

MAKALAH SEJARAH ISLAM



Sejarah Islam Dan Perkembangan Islam
Islam (Bahasa Arab: Mengenai bunyi ini الإسلام; al-'islām (bantuan·maklumat); disebut: [ɪs.ˈlaːm]) (aslama = أسلم, yuslimu = يسلم, islaman = اسلاما) ialah agama samawi yang terkandung dalam al-Quran, yang dianggap penganutnya sebagai kalam Allah (Bahasa Arab: الله‎, Allāh), kata demi kata, serta ajaran dan contoh normatif nabi terakhir Nabi Muhammad s.a.w., seorang tokoh politik dan keagamaan Arab abad ke-7. Perkataan Islam bermaksud "penyerahan", atau penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.[1] Seorang penganut Islam dikenali sebagai Muslim, bermaksud "seorang yang tunduk [kepada Allah]".[2][3]
Muslim percaya bahawa Allah itu Esa dan tujuan hidup ialah untuk menyembah Tuhan.[4] Muslim juga percaya bahawa Islam merupakan versi lengkap dan sejagat kepercayaan monoteistik ajaran Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s., dan lain-lain nabi. Nabi Muhammad s.a.w. bukanlah pengasas agama baru, sebaliknya menjadi pemulih keimanan monoteistik ajaran nabi-nabi terdahulu. Tradisi Islam menegaskan bahawa agama Yahudi dan Kristian memutarbalikkan wahyu yang Allah berikan kepada nabi-nabi ini dengan mengubah teks atau memperkenalkan tafsiran palsu, atau kedua-duanya.[5]
Amalan keagamaan Islam termasuklah Rukun Islam, yang merupakan lima tanggungjawab yang menyatukan Muslim ke dalam sebuah masyarakat.[6] Selain itu, terdapat syariat Islam ( شريعة, syari'ah) yang menyentuh pada hampir semua aspek kehidupan dan kemasyarakatan. Tradisi ini meliputi segalanya dari hal praktik seperti hukum pemakanan dan perbankan kepada jihad dan zakat.[7]
Hampir kesemua Muslim tergolong dalam salah satu dari dua mazhab terbesar, Sunah dan Syiah.[8][9][10] Islam adalah agama paling berpengaruh di Afrika dan Timur Tengah, serta di sebahagian besar Asia. Komuniti besar juga ditemui di China, Semenanjung Balkan di Eropah Timur dan Rusia. Terdapat juga sebahagian besar komuniti pendatang Muslim di bahagian lain dunia, seperti Eropah Barat. Sekitar 20% Muslim tinggal di negara-negara Arab,[11] 25% di Asia Selatan dan 13% di Indonesia, negara Muslim terbesar mengikut populasi.[12] Terdapat sekitar 1.57 bilion Muslim, atau 23% penduduk dunia, menjadikan Islam agama kedua terbesar di dunia, selepas Kristian,[13] dan boleh dikatakan agama yang berkembang paling pesat di dunia.[14][15][16][17][18]
Isi kandungan
  1. Etimologi dan maksud
  2. 2 Rukun Iman
  1. 3 Kewajipan dan amalan
  2. 4 Hukum dan perundangan
  3. 5 Sejarah
  4. 6 Mazhab
  5. 7 Demografi
  6. 8 Kebudayaan
  7. 9 Agama lain
  8. 10 Lihat juga
  9. 11 Nota
  10. 12 Rujukan
  11. 13 Bacaan lanjut
  12. 14 Pautan luar
Etimologi dan maksud
Perkataan Islammerupakan kata nama kerjaan berasal daripada kata akar tiga konsonan s-l-m, dan diterbitkan dari kata kerja bahasa Arab Aslama, yang bermaksud "untuk merelakan, menyerah atau tunduk (kepada Tuhan)."[3][2] Satu lagi perkataan yang diterbitkan daripada akar yang sama ialah salam (سلام) yang bermaksud 'sejahtera'.[19] Dengan demikian, Islam bermaksud penyerahan dan penundukan kepada Allah, dan Muslim harus menunjukkan ini dengan menyembah-Nya, menurut perintah-Nya, dan mengelakkan syirik. Perkataan ini kadangkala memiliki pengertian berlainan dalam al-Quran. Dalam sesetengah ayat, kualiti Islam sebagai kepercayaan dalaman ditegaskan: "Barangsiapa yang Allah kehendaki untuk memberi panduan kepadanya nescaya Dia melapangkan dadanya kepada Islam."[20] Ayat lain menghubung islām dan dīn (lazimnya diterjemahkan sebagai "agama" atau "cara hidup"): "Hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agamamu (dīn) dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama kamu."[21] Manakala ada pula yang menggambarkan Islam sebagai perbuatan kembali kepada Allah—lebih dari hanya penyataan pengesahan keimanan.[22]
Rukun Iman
Iman ialah membenarkan dengan hati, menyatakan dengan lisan, dan melakukan dengan anggota badan. Para ulama menetapkan setiap Muslim mestilah percaya kepada enam perkara asas dalam Islam yang dikenali sebagai Rukun Iman, iaitu percaya pada Allah, pesuruhNya, malaikatNya, wahyuNya, Hari Kiamat, dan pada qada dan qadar.[23]
Muslim percaya bahawa Allah mewahyukan pesanan terakhirNya kepada manusia melalui Nabi Islam Muhammad s.a.w. dan melalui malaikat Jibrail. Bagi umat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. merupakan Nabiullah terakhir dan kitab al-Qur'an merupakan wahyu yang diterima baginda lebih dari dua dekad.[24] Muslim percaya bahawa para nabi merupakan manusia dan bukan tuhan/dewa, meskipun mereka mampu melakukan mukjizat untuk membuktikan kenabian mereka. Nabi-nabi dianggap menjadi yang paling hampir sempurna dari semua manusia, dan uniknya merupakan penerima wahyu ketuhanan-sama ada terus dari Allah atau melalui perantaraan malaikat. Al-Qur'an menerangkan nama-nama berbagai tokoh yang dianggap nabi dalam Islam, termasuk Nabi Adam a.s., Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s. dan Nabi Isa a.s.[25] Teologi Islam mengatakan bahawa semua pesuruh Allah sejak Nabi Adam a.s. memberi perutusan yang sama - Islam - penundukan kepada Allah. Islam dihuraikan dalam al-Qur'an sebagai "sifat primordial bagaimana Allah mencipta manusia",[26] dan Al-Qur'an menyatakan bahawa nama Muslimtelah diberikan oleh Nabi Ibrahim a.s.[27]
Allah
Konsep teologi asas Islam ialah tauhid-kepercayaan bahawa terdapat hanya satu Tuhan. Istilah Arab untuk Tuhan ialah Allāh; kebanyakan ilmuwan percaya ia diperoleh daripada penyingkatan kata al- (yang/itu) dan ʾilāh (tuhan), bermaksud "Tuhan" (al-ilāh), namun yang lain menjejak asal usulnya daripada kata Arami Alāhā.[28] Bangsa bukan Arab mungkin menggunakan nama lain untuk Allah, seperti "Tanrı" dalam bahasa Turki atau "Khodā" dalam Parsi. Kepercayaan kepada Allah juga merupakan sebahagian daripada Rukun Islam, di mana tauhid diluahkan dalam syahadah (pengakuan), dengan mengisytiharkan bahawa:
"Tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad ialah pesuruh Allah."
Dalam teologi tradisi Islam, Allah itu di luar pemahaman manusia; Muslim tidak perlu membayangkan Allah, cuma memuja dan sujud padaNya sebagai pencipta alam. Mereka mempercayai tujuan kewujudan ialah untuk menyembah Tuhan.[4] Qur'an kadangkala memerikan Allah dengan nama atau sifat lain, seperti al-Rahman, bermakna "Maha Pengasih" dan al-Rahim, bermakna "Maha Penyayang" (lihat Asmaul Husna).[29] Allah dihuraikan dalam surah 112 al-Qur'an sebagai:[30]
"Dialah Allah Yang Maha Esa; Allah, Yang Kekal, Mutlak; Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya." (112:1-4)
Dengan itu Muslim menolak doktrin Tritunggal Kristian, dan membandingkannya kepada politeisme.[31]
Kitab
Muslim mempercayai bahawa terdapat beberapa kitab suci yang diturunkan Allah kepada nabi-nabinya, dengan al-Quran sebagai kitab terakhir. Mereka juga mempercayai kandungan kitab-kitab sebelum al-Quran, Taurat dan Injil, telah dipesongkan—sama ada dari segi tafsiran, teks, atau keduanya.[5] Muslim menganggap al-Qur'an sebagai kata sebenar Allah; ia adalah pusat teks keagamaan Islam yang diturunkan dalam bahasa Arab.[32] Muslim percaya bahawa ayat Al-Qur'an telah diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. oleh Allah melalui malaikat Jibrail pada banyak peristiwa antara 610 dan kewafatan baginda pada 8 Jun 632. Al-Qur'an dilaporkan telah ditulis oleh sahabat Nabi semasa baginda masih hidup, namun cara utama penyampaian ialah melalui lisan. Ia telah disusun pada zaman khalifah pertama Abu Bakar as-Siddiq, dan telah dipiawaikan di bawah pentadbiran khalifah ketiga Uthman bin Affan.
Al-Qur'an dibahagikan kepada 114 surah, atau bab, yang apabila digabungkan, mengandungi 6,236 ayat. Surah lebih awal secara kronologinya, diturunkan di Makkah, menekankan topik etika dan kerohanian. Surah Madaniyyah berikutnya kebanyakannya membincangkan isu sosial dan moral yang berkaitan dengan masyarakat Muslim.[33] Al-Qur'an lebih menekankan panduan moral berbanding ajaran undang-undang, dan dianggap "buku sumber prinsip dan nilai Islam".[34] Pakar undang-undang Muslim merujuk hadith, atau rekod bertulis kehidupan Nabi Muhammad s.a.w., sebagai tambahan kepada al-Qur'an dan untuk membantu menafsirkannya. Sains ulasan dan takwil al-Qur'an dikenali sebagai tafsir.[35]
Perkataan Qur'anbermaksud "pengucapan". Apabila Muslim bertutur secara abstrak mengenai al-Qur'an, mereka lazimnya memaksudkan kitab suci yang dibaca dalam bahasa Arab berbanding karya bercetak atau sebarang terjemahannya. Bagi Muslim, al-Qur'an hanya sempurna seperti diturunkan dalam bahasa Arab asli; terjemahan adalah semestinya kurang tepat atas sebab perbezaan bahasa, kesilapan daripada penterjemah, dan kemustahilan mengekalkan gaya asal yang diilhamkan. Terjemahan oleh itu hanya dianggap sebagai ulasan terhadap al-Qur'an, atau "tafsiran maksudnya", bukan seperti al-Qur'an itu sendiri.[36]
Malaikat
Kepercayaan kepada malaikat merupakan satu lagi asas keimanan Islam. Kata bahasa Arab untuk malaikat (malak) bermaksud "utusan", seperti yang setara dengannya dalam Ibrani (malakh) dan Greek (angelos). Menurut Al-Qur'an, malaikat tidak memiliki tekad bebas, dan menyembah Allah dengan kepatuhan sempurna.[37] Tugas malaikat termasuk menyampaikan wahyu daripada Allah, mengagungkan Allah, mencatat setiap perbuatan manusia, dan mengambil jiwa manusia di akhir hayatnya. Mereka juga difikirkan untuk menjadi perantara bagi pihak manusia. Al-Qur'an menghuraikan malaikat sebagai "utusan dengan kepak—dua, atau tiga, atau empat (pasang): Dia [Allah] menambahkan Makhluk mengikut kemahuanNya…"[38]

Nabi dan Rasul
Muslim mengakui para nabi (Bahasa Arab: نبي‎) dan rasul ( رسول) sebagai manusia yang dipilih Tuhan untuk menjadi utusanNya. Menurut Qur'an,[39] semua nabi merupakan manusia dan bukan tuhan, walaupun mereka mendapat mukjizat yang membuktikan kenabian mereka. Teologi Islam menyatakan semua rasul menyampaikan pesanan Islam—penyerahan kepada kehendak Tuhan. Al-Qur'an menyebut nama beberapa orang yang dianggap nabi, termasuk Adam, Nuh, Ibrahim, Musa dan Isa.[40] Muslim juga percaya bahawa Allah menghantar Nabi Muhammad s.a.w. (Penutup segala Nabi) untuk menyebarkan pesanan ketuhanan ke seluruh alam (untuk menyimpulkan dan memuktamadkan kata Tuhan), sedangkan rasul-rasul sebelum baginda dihantar kepada puak atau kaum tertentu sahaja.[41]
Perbezan antara nabi dan rasul ialah seseorang nabi menerima wahyu daripada Allah SWT untuk dirinya sendiri, sedangkan rasul menerima wahyu daripada Allah SWT guna disampaikan kepada segenap umatnya.
Dalam Islam, contoh "normatif" kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. dipanggil Sunnah (harfiahnya "kebiasaan"). Contoh ini dipelihara dalam tradisi yang dikenali sebagai hadith ("laporan"), iaitu rekod kata, perbuatan, dan perwatakan peribadi baginda. Muslim digalakkan untuk mencontohi perbuatan Nabi Muhammad s.a.w. dalam kehidupan harian mereka, dan sunnah dilihat sebagai penting kepada panduan tafsiran al-Qur'an.[42]
Kebangkitan dan pengadilan
Kepercayaan pada "Hari Kebangkitan", Yawm al-Qiyāmah (juga dikenali sebagai yawm ad-dīn, "Hari Pengadilan" dan as-sā`a, "Saat Terakhir") juga penting pada Muslim. Mereka percaya bahawa masa Qiyāmah telah ditentukan oleh Allah tetapi tidak diketahui oleh manusia. Ujian dan kesengsaraan yang mendahului dan semasa Kiamat dihuraikan dalam al-Qur'an dan hadith, dan juga dalam komentar dari ulama. Al-Qur'an menekankan kebangkitan jasad, suatu pemecahan dari kefahaman Arab pra-Islam tentang kematian. Ia menyatakan bahawa kebangkitan akan diikuti oleh perhimpunan manusia, dan pengadilan mereka oleh Allah.[43]
Al-Qur'an menyenaraikan beberapa dosa yang boleh membawa seseorang ke neraka, seperti kufur, riba dan ketidakjujuran. Muslim melihat syurga (jannah) sebagai tempat keriangan dan kebahagiaan, dengan rujukan al-Qur'an menghuraikan sifatnya dan keseronokan fizikal yang akan datang. Terdapat juga rujukan kepada ridwān (kegembiraan dan senang hati).[44] Tradisi mistik dalam Islam meletakkan keseronokan kesyurgaan ini dalam konteks kesedaran yang amat terhadap Allah.[45]
Takdir
Selaras dengan kepercayaan Islam dalam takdir, atau ketentuan tuhan (al-qadā wa'l-qadar), Allah mempunyai pengetahuan dan kawalan penuh ke atas semua yang berlaku. Ini dijelaskan dalam ayat al-Qur'an seperti "Katakan: 'Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami'…"[46] Bagi Muslim, segala di dunia yang berlaku, baik atau jahat, telah ditentukan dan tiada apa yang boleh berlaku kecuali atas izin Allah. Menurut ahli teologi Muslim, walaupun peristiwa telah ditentukan, manusia memiliki tekad bebas dan dia boleh memilih antara betul atau salah, dan demikian bertanggungjawab atas perbuatannya. Menurut tradisi Islam, semua yang telah ditakdirkan oleh Allah ditulis dalam al-Luh al-Mahfūz, "Batu Suratan Terpelihara".[47]
Kewajipan dan amalan
Lima Rukun Islam (Bahasa Arab: اركان الدين‎) adalah lima amalan penting dalam Islam Sunah, dan lima konsep asas penerimaan agama bagi Islam Syiah.[48]
Rukun Islam bagi Muslim Sunnah ialah:
  1. Syahadah (
الشهادة), iaitu fahaman asas ajaran Islam:
اشهد ان لا اله الا الله اشهد ان محمدا رسول الله
Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah pesuruh Allah
Perjanjian ini adalah asas untuk semua kepercayaan dan amalan lain dalam Islam. Muslim harus mengulangi syahadah ini dalam solat, dan bukan-Muslim yang ingin memeluk Islam diperlukan untuk mengucap kalimah ini.[49]
2.                  Solat (
صلاة‎), atau amalan sembahyang, wajib dilakukan lima kali sehari. Setiap solat perlu menghadap Kaabah di Makkah. Di kebanyakan negara Muslim, peringatan yang dipanggil Azan disiarkan secara umum dari masjid tempatan pada masa yang sesuai.

3.                  Puasa (
صوم), iaitu berpuasa pada bulan Ramadan. Muslim tidak boleh makan atau minum dari subuh hingga senja pada bulan ini, dan harus berwaspada dari dosa lain.
4.                  Zakat (
زكاة), atau pemberian sedekah. Amalan pemberian ini wajib untuk semua Muslim yang mampu, berdasarkan pada kekayaan yang dikumpul. Bahagian yang ditetapkan digunakan untuk membantu yang miskin dan yang memerlukan, dan juga untuk membantu menyebarkan Islam.
5.                  Haji (
حج), iaitu ziarah semasa bulan Zulhijjah ke bandar Makkah. Setiap Muslim yang mampu (dari segi badan dan harta) wajib menunaikan haji sekurang-kurangnya sekali seumur hidupnya.
Mengikut Muslim Syiah pula, lima asas Islam ialah:[50]
  1. Tauhid, Tuhan itu satu dan unik.
  2. Keadilan, konsep kebenaran moral berasaskan etika, keadilan dan kesaksamaan, bersama dengan hukuman jika melanggarnya.
  3. Hari Kiamat, penilaian terakhir Tuhan terhadap manusia.
  4. Kenabian, cara Tuhan menghantar utusan, atau nabi, untuk membimbing manusia.
  5. Imamah, institusi yang mewarisi institusi kenabian.
Lima rukun asas ini diikuti oleh sepuluh rukun subsidiari: 1.Solat; 2.Puasa; 3.Haji; 4.Zakat; 5.Jihad; 6.Amar ma'ruf; 7.Nahi munkar; 8.Satu Perlima; 9.Tawalla; 10.Tabarra.
Hukum dan perundangan
Syariah (secara harfiah: "laluan menuju ke tempat berair") merupakan hukum Islam yang dibentuk oleh kesarjanaan tradisi Islam. Dalam Islam, Syariah ialah penyataan kehendak ketuhanan, dan "membentuk satu sistem kewajipan terhadap seorang Muslim oleh sebab kepercayaan agamanya".[51]
Hukum Islam meliputi semua aspek kehidupan, daripada hal negara, seperti pentadbiran dan hubungan luar, kepada isu kehidupan seharian. Al-Qur'an menakrifkan hudud sebagai hukuman untuk lima jenayah khusus: berzina, tuduhan zina, meminum arak, mencuri dan merompak. Al-Qur'an dan Sunnah juga mengandungi hukum pewarisan, perkahwinan, dan pembalasan untuk kecederaan dan bunuh, serta peraturan untuk puasa, sedekah dan solat. Bagaimanapun, arahan dan larangan ini mungkin agak umum, jadi tahap amalannya berbeza-beza. Para ulama telah membentuk sistem hukum berasaskan peraturan-peraturan ini dan tafsiran mereka.[52]
Fiqh, atau "perundangan", ditaksirkan sebagai pengetahuan peraturan amali agama. Cara yang digunakan pakar hukum Islam untuk memperoleh hukum dikenali sebagai usul al-fiqh ("teori hukum", atau "prinsip fiqh"). Menurut teori hukum Islam, undang-undang Islam mempunyai empat sumber asas, iaitu mengikut keutamaan: Al-Qur'an, Sunnah, kesepakatan ulama Muslim (ijma'), dan pemikiran beranalogi (qiyas). Untuk pakar hukum Islam awal, teori kurang penting berbanding aplikasi pragmatik hukum ini. Pada abad ke-9, Imam al-Shafi'i memberikan asas teori perundangan Islam dengan mengekodkan prinsip fiqh (termasuk empat sumber asas) dalam bukunya ar-Risālah.[53]

Agama dan negara
Hukum Islam tidak membezakan "hal masjid" dan "hal negara"; fungsi ulama sebenarnya adalah sebagai tokoh perundangan dan ahli teologi. Secara amalinya, pemerintah Islam kerap kali melangkaui bidang kuasa Mahkamah Syariah dengan mewujudkan sistem selari "mahkamah pengaduan", yang mana dikuasai mereka. Apabila dunia Islam mula bertembung dengan idea sekular Barat, masyarakat Muslim bergerak balas dengan cara berbeza. Turki telah diperintah sebagai negara sekular sejak reformasi Mustafa Kemal Atatürk. Manakala, Revolusi Iran 1979 menggantikan rejim agak sekular dengan Republik Islam yang diketuai oleh Ayatollah Ruhollah Khomeini.[54]
Kehidupan keluarga
Unit asas dalam masyarakat Islam adalah keluarga, dan Islam mentakrifkan kewajipan dan hak ahli keluarga. Ayah dilihat bertanggungjawab secara kewangan untuk keluarganya, dan wajib untuk memenuhi keperluan mereka. Pembahagian warisan ditentukan dalam al-Qur'an, yang menyatakan bahawa kebanyakannya adalah untuk keluarga terdekat, manakala sebahagian diasingkan untuk pembayaran hutang dan wasiat. Bahagian wanita dalam pewarisan lazimnya separuh dari lelaki yang sama taraf.[55] Perkahwinan menurut Islam merupakan kontrak sivil yang terdiri dari tawaran dan penerimaan antara dua pihak yang layak dengan kehadiran dua saksi. Pengantin lelaki diperlukan untuk membayar mahar kepada pengantin perempuan, seperti yang disyaratkan dalam kontrak.[56]
Seorang lelaki boleh mempunyai hingga empat isteri jika si suami percaya dia boleh melayani mereka dengan adil, manakala seorang perempuan hanya boleh mempunyai satu suami. Di kebanyakan negara Muslim, proses penceraian dalam Islam dikenali sebagai talaq, yang lazimnya dilakukan suami dengan menyebut kata "cerai".[57] Wanita dikehendaki memakai tudung dan menurut aurat, namun para sarjana tidak sependapat sama ada terdapat dalil Qur'an terhadap amalan tradisional Islam seperti purdah dan burqa.
Bermula pada abad ke-20, reformis sosial Islam bertelagah terhadap amalan ini dan amalan lain seperti poligami, dengan kejayaan berbeza. Pada masa sama, ramai wanita Islam cuba menyelaraskan tradisi dan kemodenan dengan menggabungkan kehidupan aktif dengan kesederhanaan luaran. Sesetengah kumpulan Islamis seperti Taliban pula cuba untuk meneruskan peraturan tradisional seperti yang digunakan kepada wanita.[58]
Pakar hukum
Terdapat banyak istilah dalam Islam untuk merujuk kepada mereka yang pakar dalam hukum Islam. Lazimnya para sarjana ini terpelajar dalam beberapa bidang pengajian Islam. Secara umumnya, istilah ulama digunakan untuk merujuk kepada mereka yang telah menyempurnakan latihan dan pengajian sains Islam beberapa tahun, seperti mufti, qadi, faqih atau muhaddith. Sesetengah Muslims turut menganggap mullah, imam dan mawlawi—yang cuma mencapai tahap terendah kesarjanaan Islam sebagai ulama; manakala yang lain menganggap mereka perlu mencapai taraf lebih tinggi. Ada juga Muslim yang mengamalkan ijtihad di mana mereka tidak menerima kewibawaan ulama.[59]
Adab dan pemakanan
Banyak amalan jatuh dalam kategori adab, atau etika Islam. Ini termasuk menegur sapa yang lain dengan "as-salamu `alaykum" ("selamat sejahtera atas kamu"), menyebut bismillah ("dengan nama Allah") sebelum makan, dan menggunakan hanya tangan kanan untuk makan dan minum. Amalan kebersihan Islam secara besarnya dibahagikan kepada kategori kesihatan dan kebersihan peribadi. Bersunat bagi lelaki diamalkan secara meluas. Upacara pengebumian termasuk solat jenazah serta memandikan dan mengkafankan mayat, dan kemudian ditanam dalam kubur. Muslim mempunyai batasan dalam pemakanan mereka. Makanan haram termasuklah produk khinzir, darah, bangkai dan alkohol. Semua daging harus diperoleh dari haiwan yang disembelih dengan nama Allah oleh seorang Muslim, atau Ahli Kitab, dengan pengecualian haiwan buruan dan haiwan laut. Makanan yang dibenarkan untuk Muslim dikenali sebagai makanan halal.[60]

Ketenteraan
Jihad bermaksud "berusaha atau berjuang" (pada jalan Allah) dan dianggap "rukun Islam keenam" oleh minoriti Muslim Sunnah.[61] Dalam makna yang lebih luas, jihad secara klasiknya ditafsirkan sebagai "berusaha sedaya upaya menggunakan kuasa, ikthiar atau kebolehan diri dalam melawan benda yang tidak dibenarkan." Bergantung pada jenis benda yang menjadi lawan, sama ada seorang musuh nyata, syaitan, atau suatu aspek dalam diri sendiri, beberapa kategori berlainan jihad dapat diertikan.[62] Jihad juga merujuk kepada berusaha untuk memiliki kesempurnaan keagamaan dan moral.[63] Namun jihad apabila digunakan tanpa sebarang penerang difahami merujuk kepada aspek ketenteraan.[64][65] Sesetengah pihak berkuasa Muslim, terutamanya di kalangan Syi'ah dan Sufi, membezakan antara "jihad lebih besar", yang berkaitan dengan kesempurnaan rohaniah diri, dan "jihad kecil", ditakrifkan sebagai peperangan.[66]
Di dalam fiqh, jihad lazimnya dianggap bermaksud penggunaan ketenteraan terhadap penempur bukan-Muslim dalam pertahanan atau pengembangan ummah. Tujuan terakhirnya diperdebatkan, sesetengah mendakwa ia cuma sebagai pertahanan dan pencegahan, manakala yang lain mendakwa matlamatnya ialah menyejagatkan Islam. Jihad merupakan satu-satunya bentuk peperangan yang dibenarkan dalam Islam dan mungkin diisytiharkan terhadap orang murtad, pemberontak, perompak, kumpulan ganas, dan ketua atau negeri yang menindas Muslim atau menghalang dakwah.[67][68] Kebanyakan Muslim kini mentafsirkan jihad sebagai hanya suatu bentuk pertahanan perang: jihad luaran termasuk berjuang untuk membuat masyarakat Islam mematuhi norma keadilan Islam.[69]
Dalam kebanyakan keadaan dan untuk kebanyakan Muslim, jihad merupakan tugas kolektif (fardu kifayah): pelaksanaannya oleh sebahagian masyarakat mengecualikan yang lain. Hanya untuk orang yang diberi kuasa, terutamanya raja (imam), jihad menjadi tugas individu. Untuk penduduk lain, ini hanya berlaku dalam kes pengerahan umum.[68] Untuk kebanyakan Syiah, jihad serangan hanya boleh diisytiharkan oleh Imam masyarakat Muslim, dan oleh itu digantung sejak keghaiban Muhammad al-Mahdi pada 868 M.[70]

Sejarah Islam
http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/1/1f/Madina_Haram_at_evening.jpg/500px-Madina_Haram_at_evening.jpg
Masa Nabi Muhammad SAW (610–632).
Masjid an-Nabawi ("Masjid Nabi") di Madinah adalah tapak makam Nabi Muhammad s.a.w. Nabi Muhammad s.a.w. (sek. 570 – 632) adalah seorang peniaga yang kemudian menjadi pemimpin agama, politik dan ketenteraan. Baginda dilihat sebagai utusan terakhir Tuhan, dan bukan pencipta Islam. Muslim mempercayai bahawa baginda merupakan pemulih kepercayaan monoteistik asal Nabi Adam, Ibrahim, Musa, Isa dan lain-lain. Baginda dilihat sebagai nabi terakhir dan terhebat—manusia yang paling sempurna, dan pemilik semua sifat unggul.[71] Baginda dilaporkan menerima wahyu dari Allah selama 23 tahun kehidupan terakhirnya, bermula pada usia 40 tahun. Kandungan wahyu ini, dikenali sebagai al-Qur'an, telah dihafal dan direkodkan oleh sahabat baginda.[72]

Semasa zaman ini, Nabi Muhammad s.a.w. berdakwah kepada orang Makkah, merayu mereka untuk meninggalkan politeisme. Walaupun sesetengahnya memeluk Islam, Nabi Muhammad s.a.w. dan pengikutnya telah ditindas oleh pihak berkuasa Makkah. Selepas 13 tahun berdakwah, baginda dan orang Muslim berhijrah ke bandar Madinah (dahulu dikenali sebagai Yathrib) pada 622. Di sana, dengan mualaf Madinah (Ansar) dan pendatang Makkah (Muhajirin), Nabi Muhammad s.a.w. mendirikan kuasa keagamaan dan politiknya. Beberapa pertempuran terjadi dengan Musyrikin Makkah dan orang Yahudi Madinah yang menentang Muslim diusir. Pada masa yang sama, laluan perdagangan Makkah disekat sambil Nabi Muhammad s.a.w. membawa puak-puak padang pasir di sekeliling Madinah masuk ke pihaknya.[73] Pada 629 baginda telah menakluki Makkah dengan hampir tanpa pertumpahan darah, dan pada masa kewafatannya pada 632 telah menguasai seluruh Semenanjung Arab.[74]
Kebangkitan khilafah dan perang saudara (632–650)
Nabi Muhammad s.a.w. mula berdakwah menyebarkan Islam di Makkah sebelum berhijrah ke Madinah di mana baginda menyatukan puak-puak Arab kepada sebuah negara Islam terawal. Dengan kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. pada 632, perselisihan faham tercetus terhadap siapa yang akan mewarisi baginda sebagai ketua umat Muslim. Umar Al-Khattab, sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang terkenal, mencadangkan Abu Bakar as-Siddiq, yang merupakan rakan dan sahabat karib Nabi Muhammad s.a.w. Orang lain menambah sokongan mereka dan Abu Bakar telah dilantik sebagai khalifah pertama. Pilihan ini bagaimanapun dipertikaikan oleh sesetengah sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang beranggapan bahawa Ali bin Abi Talib, sepupu dan menantunya, sepatutnya dilantik sebagai pewarisnya. Tugas segera Abu Bakar as-Siddiq ialah untuk membela kekalahan baru-baru ini kepada Empayar Byzantine (atau Empayar Rom Timur, walaupun beliau terpaksa menghentikan pemberontakan sekelompok puak Arab dalam episod yang dikenali sebagai Perang Riddah, atau "Perang Murtad".[75]
Wilayah Khilafah pada 750 M
Kewafatan beliau pada 634 menyebabkan pelantikan Umar al-Khattab sebagai khalifah, diikuti oleh Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Talib. Keempat-empat khalifah ini dikenali sebagai al-khulafā' ar-rāshidūn ("Khalifah yang Benar"). Di bawah mereka, wilayah pemerintahan Muslim berkembang jauh ke wilayah Parsi dan Byzantine.[76]
Apabila Saidina Umar telah dibunuh pada 644, pemilihan Uthman sebagai pewaris menghadapi penentangan yang meningkat. Pada 656, Saidina Uthman juga dibunuh, dan Saidina Ali memegang jawatan khalifah. Selepas melawan pembangkang dalam perang saudara pertama ("Fitnah Pertama"), Ali pula telah dibunuh oleh Khawarij pada 661. Berikutan ini, Mu'awiyah, yang merupakan gabenor Levant, mengambil kuasa dan memulakan Dinasti Umayyah.[77]
Pertikaian terhadap kepimpinan agama dan politik ini telah membawa kepada perpecahan dalam masyarakat Muslim. Majoritinya menerima kesahan tiga pemerintah sebelum Saidina Ali, dan kini dikenali sebagai Sunah. Minoriti yang tak setuju, dan percaya bahawa Saidina Ali adalah pewaris sebenar; telah dikenali sebagai Syiah.[78] Selepas kemangkatan Mu'awiyah pada 680, konflik pewarisan tercetus sekali lagi dalam perang saudara yang dikenali sebagai "Fitnah Kedua". Sesudah itu, Dinasti Umayyah kekal memerintah selama 70 tahun, dan berjaya menakluk Maghribi dan Al-Andalus (Semenanjung Iberia, bekas Hispania Visigoth) dan Gallia Narbonensis di barat di samping mengembangkan wilayah Muslim ke Sindh dan pinggiran Asia Tengah.[79] Antara contoh seni bina terbaik hasil penaklukan Islam yang masih kekal ialah Masjid Besar Kairouan (di Tunisia) yang dibina pada 670 oleh jeneral Umayyah Uqbah ibn Nafi[80] dan dianggap sebagai moyang dan model semua masjid di barat dunia Islam[81][82] Sementara elit Arab-Muslim bertempur dalam penaklukan, sesetengah Muslim zahid mula mempersoalkan kewarakan dan menurut kemahuan dalam kehidupan duniawi, menekankan kepada kemiskinan, rendah diri dan pengelakan dosa sebagai jalan menolak kemahuan badan. Muslim soleh yang zahid seperti Hasan al-Basri ini kemudian membangkitkan gerakan yang akan berkembang menjadi kesufian.[83]
Bagi aristokrasi Umayyah, Islam dilihat sebagai agama untuk Arab sahaja;[84] ekonomi Empayar Umayyah berdasarkan pada anggapan bahawa majoriti bukan-Muslim (Zimmi) perlu membayar cukai kepada Arab Muslim minoriti. Seorang bukan-Arab yang mahu memeluk Islam perlu terlebih dahulu menjadi pelanggan suku Arab. Malah selepas pemelukan, Muslim baru ini (mawali) tidak mencapai kesamaan sosial dan ekonomi dengan Arab. Keturunan dari bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w. Abbas bin Abdul Muttalib menghimpunkan mawaliyang tidak puas hati, Arab miskin, dan sebahagian Syi'ah terhadap Umayyah dan menggulingkan mereka dengan bantuan dari propagandis dan jeneral mereka iaitu Abu Muslim, memulakan Dinasti Abbasiyyah pada 750.[85]
Zaman Kegemilangan (750–1258)
Gambaran artis Pertempuran Hattin pada 1187, di mana Baitulmuqaddis ditawan semula oleh tentera Salahuddin al-Ayyubi
Di bawah Abbasiyyah, tamadun Islam berkembang pesat pada "Zaman Kegemilangan Islam", dengan ibu kotanya di bandar kosmopolitan Baghdad.[86] Koleksi hadith utama telah disusun dan empat mazhab Sunah moden telah diasaskan. Hukum Islam telah maju dengan hebat oleh usaha imam awal abad ke-9 al-Shafi'i; beliau mengekodkan cara untuk memastikan kebolehpercayaan hadis, satu topik yang telah menjadi fokus pertikaian di kalangan sarjana Islam.[87] Ahli falsafah Ibnu Sina dan Al-Farabi cuba untuk menggabungkan prinsip Greek ke dalam teologi Islam, manakala yang lain seperti ahli teologi abad ke-11 Abu Hamid Al-Ghazali menentangnya dan akhirnya berjaya.[88] Sufisme dan Syiah pula mengalami perubahan besar pada abad ke-9. Kesufian menjadi gerakan mantap yang telah bergerak ke arah kebatinan dan menjauhi rumpun zahidnya, manakala Syiah berpecah berpunca dari ketidaksetujuan atas pewarisan Imam.[89]
Penyebaran penguasaan Islam menyebabkan permusuhan di kalangan penulis Kristian medieval yang melihat Islam sebagai musuh berdasarkan bilangan besar pemeluk baru Muslim. Penentangan ini mengakibatkan perjanjian polemik yang menggambarkan Islam sebagai agama anti-Al-Masih dan Muslim sebagai penuh bernafsu dan submanusia.[90] Pada Zaman Pertengahan juga, sebilangan kecil ahli falsafah Arab seperti pemuisi Al-Ma'arri mengambil pendekatan kritikal kepada Islam, dan ahli falsafah Yahudi Maimonides membezakan pandangan Islam mengenai moral dengan pandangan Yahudi yang beliau sendiri huraikan.[91]
Hospital awam didirikan pada masa ini (dipanggil hospital Bimaristan), dan dianggap "hospital pertama" dari segi makna moden perkataan itu[92] dan mengeluarkan diploma perubatan pertama untuk perlesenan doktor perubatan.[93][94] Guinness Book of World Recordsmengiktiraf Universiti Al-Karaouine yang diasaskan pada 859 M sebagai universiti memberi ijazah tertua di dunia.[95] Asal usul kedoktoran juga bermula dari ijazat attadris wa 'l-ifttd ("lesen mengajar dan memberikan pendapat hukum") di madrasah yang mengajar syariah.[96] Institusi pertama untuk pesakit mental juga diasaskan di dunia Muslim.[97] Ketika ini, piawai teknik uji kaji dan pengkuantitian diperkenalkan kepada proses saintifik untuk membezakan teori-teori bersaing di samping tradisi petikan.[98][99] Ibn Al-Haitham dianggap sebagai bapa kaedah saintifik moden dan sering dipanggil "ahli sains sebenar pertama."[100] Institusi perundangan yang diperkenalkan Islam termasuklah amanah dan wakaf.[101][102]
Perpecahan dan serangan
Pada lewat abad ke-9, khilafah Abbasiyyah mula retak apabila beberapa wilayah mendapat autonomi lebih. Di sepanjang Afrika Utara, Timur Tengah dan Asia Tengah, amiriah terbentuk apabila wilayah berpecah. Empayar Arab monolitik memberi laluan kepada Dunia Islam yang lebih homogen di mana Fatimiyyah Syiah malah menandingi kekuasaan keagamaan khilafah. Pada 836, khalifah Al-Mu'tasim memindahkan ibu negara khilafah dari Baghdad ke bandar baru Samarra, sehinggalah 892 apabila ia dikembalikan semula ke Baghdad oleh al-Mu'tamid. Pada 1055 Turki Seljuk telah mengatasi Abbasiyyah sebagai kuasa tentera, walaupun mereka terus menghormati kuasa khalifah pada namanya.[103] Semasa zaman ini pengembangan dunia Islam diteruskan, melalui kedua-dua penaklukan dan dakwah secara aman walaupun kedua-dua rangkaian perdagangan Islam dan Muslim berkembang ke sub-Sahara Afrika Barat, Asia Tengah, Volga Bulgaria dan Kepulauan Melayu.[2]
Reconquista telah dilancarkan terhadap taifa Muslim di Iberia, dan hak milik Itali Muslim telah dirampas oleh Norman. Bermula abad ke-11, pakatan kerajaan Kristian Eropah dikerahkan bagi melancarkan siri peperangan yang dikenali sebagai Perang Salib, dengan matlamat mengundurkan tentera Muslim dari bahagian timur bekas Empayar Rom, terutamanya Tanah Suci, dan mendirikan Negeri Salibi. Pada mulanya berjaya, perolehan wilayah ini telah dibalikkan oleh jeneral Muslim yang berikutnya seperti Salahuddin al-Ayyubi; yang menawan semula Baitulmuqaddis semasa Perang Salib Kedua.[104]
Di timur, Empayar Mongol mengakhiri dinasti Abbasiyyah di Pertempuran Baghdad 1258, dalam satu siri serangan menakluki tanah Muslim. Sementara itu di Mesir, tentera-hamba Mamluk mengambil alih kuasa dalam kebangkitan pada 1250[105] dan dalam pakatan dengan Angkatan Kencana menghentikan tentera Mongol pada Perang Ain Jalut. Dalam abad yang berikutnya kekhanan Mongol memeluk Islam dan penyerapan keagamaan dan kebudayaan ini menandakan zaman baru sintesis Mongol-Islam yang membentuk penyebaran lanjut Islam di tengah Asia, timur Eropah dan subbenua India. Kekhanan Krimea merupakan antara kuasa terkuat di Eropah Timur hingga akhir abad ke-17.[106]
Wangsa dan penaklukan baru (1030–1918)
Pada abad ke-13 dan ke-14 Empayar Uthmaniyyah (dinamakan bersempena Uthman I) muncul dari kalangan "amiriah Ghazi" ini dan bertapak kukuh selepas satu siri penaklukan yang termasuk Balkan, sebahagian Greece dan barat Anatolia. Pada 1453 di bawah Muhammad al-Fatih mereka mengepung Constantinople, ibu kota Byzantium, yang jatuh sejurus selepas itu, tidak mampu melawan bilangan tentera Uthmaniyyah yang lebih besar dan sedikit sebanyak, teknologi meriam.[107] Selepas Mesir Mamluk jatuh kepada mereka pada 1517, Empayar Uthmaniyyah turut melancarkan kempen Eropah yang menjangkau hingga ke pintu Vienna pada 1529.[108] Menjelang abad ke-18, meskipun terdapat cubaan pemodenan, Empayar Uthmaniyyah telah mula rasa diancam oleh kelebihan ketenteraan dan ekonomi Eropah.
Sementara itu bermula pada abad ke-13, Sufisme mengalami perubahan, secara besarnya berpunca dari usaha al-Ghazali untuk mengesahkan dan menyusun semula gerakan tersebut. Beliau mengembangkan model golongan Sufi—satu komuniti guru dan pelajar rohaniah.[109] Satu lagi perkara penting pada Kesufian ialah penghasilan Masnawi, satu koleksi puisi mistik oleh pemuisi Parsi Rumi. Masnawi mempunyai pengaruh besar pada perkembangan pemikiran keagamaan Sufi; bagi kebanyakan Sufi ia kitab kedua terpenting, selepas al-Qur'an.[110]
Taj Mahal yang terletak di Agra, India, dibina di bawah pemerintahan Mughal[111]
Dari abad ke-14 hingga ke-16 bahagian timur dunia Islam mengalami satu lagi zaman kegemilangan di bawah Wangsa Timuriyah. Pada awal abad ke-16, Wangsa Safawiyah menguasai Parsi dan menetapkan Islam Syiah sebagai agama rasmi di sana, dan meskipun terdapat halangan berkala, kekal berkuasa selama dua abad sehinggalah awal abad ke-18.
Selepas penjajahan Parsi dan penjarahan Baghdad oleh Mongol pada 1258, Delhi menjadi pusat kebudayaan terpenting Muslim timur.[112] Banyak wangsa Islam memerintah pelbagai bahagian subbenua India bermula dari abad ke-12. Yang utama termasuk Kesultanan Delhi (1206-1526) dan Empayar Mughal (1526-1857). Empayar-empayar ini membantu penyebaran Islam di Asia Selatan. Pada abad ke-18 gerakan Wahabi mula bertapak di Arab Saudi. Diasaskan oleh pendakwah Ibn Abdul Wahhab, Wahabi merupakan ideologi fundamentalis yang mengutuk amalan seperti Sufisme dan penghormatan kepada wali sebagai tidak Islamik.[113]
Menjelang pertengahan abad ke-19 Empayar British secara rasminya mengakhiri dinasti Mughal,[114], dan pada akhir abad ke-19 menggulingkan Kerajaan Mysore yang diperintah Muslim. Pada abad ke-19, kebangkitan nasionalisme telah mengakibatkan Greece mengisytiharkan dan memenangi kemerdekaan pada 1829, dengan beberapa negeri Balkan ikut serta selepas Uthmaniyyah mengalami kekalahan dalam Perang Rusia-Turki 1877–1878. Pada masa ini, ramai Muslim berpindah, kebanyakannya dari India dan Indonesia ke Caribbean, secara tidak langsung menyebarkan agama mereka di tempat-tempat baru. Era Uthmaniyyah berakhir di hujung Perang Dunia Pertama dan khilafah dimansuhkan pada 1924.[115][116]
Zaman moden (1918–kini)
Pada awal abad ke-20, kebanyakan dunia Muslim di luar Empayar Uthmaniyyah telah diserap ke dalam empayar Eropah bukan Islam. Selepas kekalahan Perang Dunia Pertama, saki-baki empayar ini telah dibahagikan sebagai negeri naungan atau lingkungan pengaruh Eropah. Sejak itu kebanyakan masyarakat Muslim jajahan Eropah ini telah merdeka, dan isu baru seperti kekayaan minyak dan hubungan dengan Israel telah mendapat keutamaan.[117]
Abad ke-20 memperlihatkan dunia Islam makin terdedah kepada pengaruh kebudayaan luar. Sebagai gerak balas, banyak gerakan "pemulih" Islam dimulakan. Kumpulan seperti Ikhwanul Muslimun di Mesir dan Jamaat-e-Islami di Pakistan menyokong alternatif totalistik dan teokratik kepada ideologi politik sekular. Kadangkala dipanggil Islamis, mereka melihat nilai kebudayaan Barat sebagai ancaman, dan menggalakkan Islam sebagai penyelesaian komprehensif kepada persoalan harian umum dan peribadi. Di negara seperti Iran, gerakan revolusi menggantikan rejim sekular dengan negeri Islam, manakala kumpulan transnasional seperti al-Qaeda Osama bin Laden terlibat dengan pengganasan untuk mencapai matlamat mereka. Berbeza pula dengan gerakan liberalisme Islam yang cuba untuk menyelaraskan tradisi keagamaan dengan norma moden pemerintahan sekular dan hak asasi manusia. Penyokongnya mengatakan bahawa terdapat berbagai cara untuk membaca teks suci Islam, dan menekankan perlunya meninggalkan ruang untuk "pemikiran bebas pada perkara keagamaan".[118]
Kritikan terhadap Islam masa kini termasuk tuduhan bahawa Islam tidak bertoleransi terhadap kritikan dan syariat Islam terlalu keras pada orang murtad. Pengkritik seperti Ibn Warraq mempersoalkan kemoralan al-Qur'an, mengatakan bahawa kandungannya mewajarkan penganiayaan terhadap wanita dan menggalakkan komen antisemitik oleh ahli teologi Muslim.[119] Ada juga penulis yang mengkritik Islam (dan agama lain) sebagai seksis, tiada toleransi dan suka berperang. Dakwaan seumpama itu dipertikaikan oleh penulis Muslim seperti Fazlur Rahman,[120] Syed Ameer Ali,[121] Ahmed Deedat[122] dan Yusuf Estes.[123] Yang lain seperti Daniel Pipes dan Martin Kramer lebih memfokuskan pada kritikan penyebaran fundamentalisme Islam, satu bahaya yang mereka rasakan telah diabaikan.[124] William Montgomery Watt dan Norman Daniel bagaimanapun menyangkal banyak kritikan sebagai produk mitos dan polemik lama.[125] Kebangkitan Islamofobia, menurut Carl W. Ernst, telah menyumbangkan kepada pandangan negatif mengenai Islam dan Muslim di Barat.[126]
Mazhab
Taburan penganut Islam mengikut mazhab Cabang dalam Islam

Sunah
Islam Sunah merupakan kumpulan terbesar dalam Islam (sehingga 90%[8][127]) daripada 1.5 bilion Muslim di dunia). Dalam bahasa Arab, as-Sunnah secara harfiah bermaksud "prinsip" atau "laluan". Al-Qur'an dan Sunnah (contoh kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. seperti yang direkodkan dalam hadith) merupakan asas utama doktrin Sunah. Sunnah dilihat sebagai penting dalam membantu mentafsirkan Qur'an.[128]
Sunah (atau Sunni) percaya bahawa empat khalifah pertama merupakan pewaris benar kepada Nabi Muhammad s.a.w.; kerana Allah tidak menunjukkan mana-mana ketua tertentu untuk mewarisinya, ketua itu perlu dipilih.[127] Sunah mengakui empat mazhab (aliran pemikiran) utama yang sah: Hanafi, Maliki, Syafi'i dan Hanbali. Keempat-empat mazhab ini menerima kesahihan yang lain dan seorang Muslim boleh memilih mana-mana yang menyenangkannya,[129]. Terdapat juga gerakan ultra-ortodoks di dalam Sunah, contohnya Salafi yang mengambil generasi pertama Muslim sebagai model teladan.[130]
Syi'ah
Syiah membentuk 10–20% Muslim dan adalah rumpun kedua terbesar Islam.[10][9] Mereka percaya dalam kepimpinan Imam dari keturunan Ali bin Abi Talib, yang mengikut kebanyakan Syiah tidak mungkin berbuat salah. Mereka percaya bahawa Saidina Ali yang merupakan sepupu dan menantu Nabi Muhammad s.a.w. merupakan pewaris sebenar baginda, dan mereka memanggil beliau Imam pertama, menolak keabsahan khalifah Muslim sebelumnya. Bagi mereka, seorang Imam memerintah dengan hak perlantikan ketuhanan dan memiliki "kuasa kerohanian mutlak" di kalangan Muslim, mempunyai kata terakhir dalam hal doktrin dan wahyu.[131][132] Islam Syi'ah mempunyai beberapa rumpun, yang terbesar ialah Syiah Imam Dua Belas (iṯnāʿašariyya), di mana istilah Syiah secara umum lazimnya merujuk kepada kumpulan ini. Walaupun Imam Dua Belas berkongsi banyak amalan teras dengan Sunah, dua rumpun ini tidak bersetuju mengenai taraf kepentingan dan kesahihan sebahagian koleksi hadith. Syiah Imam Dua Belas mengikuti tradisi hukum yang dipanggil fiqh Ja'fari.[133] Kumpulan Syiah lain termasuklah Ismailiyah dan Zaidiyah, yang berbeza dari segi senarai Imam dan kepercayaan teologi.[134]
Kesufian
Kesufian atau sufisme merupakan satu bentuk pendekatan mistik-astetik terhadap Islam. Dengan memfokuskan lebih pada aspek kerohanian agama, Sufi berusaha untuk memperoleh pengalaman terus dari Allah dengan mengguna pakai "daya gerak hati dan emosi" yang harus dilatih seseorang untuk diguna.[135] Sufisme dan syariat Islam biasanya dianggap menjadi pelengkap, walaupun Sufisme telah dikritik oleh kumpulan Salafi sebagai bidaah tidak wajar. Kebanyakan golongan Sufi, atau tarekat, boleh dikelaskan sebagai sama ada Sunah atau Syiah, walaupun ada yang mengelaskan diri mereka hanya sebagai Sufi.[136]
Lain-lain
Khawarij adalah mazhab yang berasal pada zaman awal Islam. Rumpun Khawarij yang masih hidup ialah Ibadi. Tidak seperti kebanyakan kumpulan Khawarij, Ibadi tidak menganggap Muslim berdosa sebagai kafir. Imam merupakan topik penting dalam kesusasteraan hukum Ibadi, yang mensyaratkan bahawa ketua patut dipilih menurut hanya pengetahuan dan kewarakannya, dan hendaklah disisihkan jika bertindak zalim. Kebanyakan Muslim Ibadi tinggal di Oman dengan sedikit komuniti di Afrika Utara.[137]
Ahmadiyyah merupakan satu gerakan yang muncul di akhir abad ke-19, bermula dari kehidupan dan ajaran Mirza Ghulam Ahmad. Beliau mengaku sebagai Mujaddid abad ke-14 takwim Islam, Al-Masih dan Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu.[138][139] Ahmadi menekankan kepercayaan bahawa Islam ialah hukum terakhir kemanusiaan dan keperluan mengembalikan intipati sebenarnya, yang telah hilang ditelan zaman. Ahmadi melihat diri mereka sebagai pendahulu pemulihan dan penyebaran aman Islam.[140] Terdapat sekatan undang-undang terhadap Ahmadi di beberapa negara Muslim, khususnya Pakistan.[141]
Demografi
Populasi Muslim mengikut peratusan. Kajian demografi menyeluruh terhadap 232 negara dan wilayah pada 2009 melaporkan bahawa 23% penduduk dunia atau 1.57 bilion orang merupakan Muslim. Sekitar 80–90% angka ini merupakan Ahli Sunah Waljamaah dan 10–20% adalah Syiah,[8][142][10] dengan minoriti kecil tergolong dalam mazhab lain. Kira-kira 50 negara bermajoriti Muslim,[143] dan sekitar 20% dari semua Muslim seluruh dunia merupakan Arab.[144] Antara 1900 dan 1970 komuniti Muslim sejagat berkembang daripada 200 juta kepada 551 juta;[145] antara 1970 dan 2009 populasi Muslim berkembang lebih tiga kali menjadi 1.57 bilion.
Majoriti Muslim tinggal di Asia dan Afrika.[146] Sekitar 62% Muslim menetap di Asia, dengan lebih 683 juta penganut di Indonesia, Pakistan, India dan Bangladesh.[147][148] Di Timur Tengah, negara bukan Arab seperti Turki dan Iran adalah negara majoriti Muslim terbesar; di Afrika, Mesir dan Nigeria memiliki masyarakat Muslim teramai.[149]
Kebanyakan anggaran menyatakan yang Republik Rakyat China memiliki antara 20 hingga 30 juta Muslim (1.5% hingga 2% penduduk).[150][151][152][153] Bagaimanapun, data daripada International Population Center San Diego State Universitymenunjukkan bahawa China memiliki 65.3 juta Muslim.[154] Islam ialah agama kedua terbesar selepas Kristian di banyak negara Eropah,[155] dan sedang menghampiri status tersebut di benua Amerika, dengan antara 2.45 juta dan kira-kira 7 juta Muslim di Amerika Syarikat.[9][156]

Semoga Bermamfaat, Shukran Jazakallah Khairan@

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "MAKALAH SEJARAH ISLAM"